Tahun lalu, GTA 5 ditawarkan secara percuma di platform Epic Game Store dan ia membuatkan ramai pemain teruja untuk memilikinya. Manakan tidak, permainan yang berharga sekitar RM111 di Steam diberikan secara percuma sahaja kepada pemain dalam tempoh yang terhad.

Malah, platform Epic pada waktu itu menerima jumlah trafik yang amat tinggi. Apa-apa pun, perkara tersebut nampaknya membuahkan hasil di mana sejak GTA 5 percuma untuk dimuat turun, ia menyaksikan 7 juta pengguna baharu di platform Epic.

Perkara ini didedahkan melalui dokumen yang mana ketika ini Epic sedang dalam perbicaraan di Mahkamah terhadap isu dengan Apple.

Buat pengetahuan, Epic Game Store bukanlah sebuah platform yang digemari gamer berbanding Steam. Akan tetapi disebabkan Epic sering menawarkan permainan percuma, ramai yang mula memasang aplikasi tersebut di komputer.

Dalam pada itu, sementara menunggu GTA 6, GTA Trilogy Remaster mungkin akan dilancarkan pada tahun ini.

Sumber: verge

Baca juga: