Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

EPIC Dan Fortnite Jadi Penyumbang Terbesar Pada Ukraine

Posted on Mac 30, 2022Mac 30, 2022

Epic Games dan Microsoft dilaporkan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM420 (USD100 juta) untuk didermakan pada bantuan kemanusiaan terhadap mereka yang terjejas dalam perang Rusia-Ukraine.

Terdahulu, Epic telah berjanji untuk menyumbangkan kesemua hasil pembelian wang (real-money purchases) dari 20 Mac hingga 3 April kepada empat badan kemanusiaan yang beroperasi di Ukraine.
Badan-badan tersebut ialah Direct Relief, UNICEF, UN World Food Programme dan UN Refugee Agency.
Mereka juga akan menambah lebih banyak badan kemanusiaan ke dalam senarai tersebut kelak. Xbox juga bersetuju untuk bekerjasama dengan Epic untuk bantuan ini.

As of today, we’ve raised $100 million USD together to support humanitarian relief for people affected by the war in Ukraine. In addition to @UNICEF, @WFP, @Refugees and @DirectRelief, we are now also collaborating with @WCKitchen.

Learn more at https://t.co/aexRh7ZEWQ pic.twitter.com/ZQsRYivIAe

— Fortnite (@FortniteGame) March 29, 2022

Bukan itu sahaja, Epic juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menunggu transaksi untuk selesai sepenuhnya sebaliknya langsung mengagihkan dana dalam beberapa hari.

Fortnite dilihat mungkin menjadi penyumbang bantuan terbesar daripada sebuah syarikat tunggal selain Meta, Amazon dan Samsung.

Dengan 3 hari lagi berbaki, pastinya jumlah ini akan meningkat dengan banyak negara terutama di Eropah berkongsi sentimen yang sama terhadap rakyat Ukraine.

Sumber:PC Gamer

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress