Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
epemula

ePemula: Belia Akan Terima e-Tunai RM150 Melalui 4 Aplikasi Ini

Posted on April 1, 2022April 1, 2022

Di bawah program ePemula, golongan belia berumur dari 18 hingga 20 tahun, termasuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima e-tunai RM150 seorang yang akan dikreditkan secara one-off.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program e-Pemula ini, yang akan dilancarkan tidak lama lagi, akan membantu lebih 2 juta belia di seluruh negara.

Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap inisiatif ini akan digunakan sebaiknya oleh pelajar melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

Siaran media berkenaan ePemula: Dua Juta Belia Bakal Menerima Manfaat e-Tunai Berjumlah RM300 juta melalui BigPay, GrabPay, ShopeePay atau Touch ‘n Go eWallet. pic.twitter.com/CuHFAkYfbG

— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) March 31, 2022

Inisiatif di bawah Bajet 2022 ini akan dikreditkan melalui aplikasi e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Dimaklumkan pelaksanaan ePemula ini akan bermula pertengahan April tetapi masih belum ada kepastian tentang hal itu.

Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya dari Kementerian Kewangan Malaysia nanti.

Sumber: Twitter MOFMalaysia

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Sijil Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera Tidak Hilang Cuma Bertukar Kepada Tidak Lengkap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress