Apple telah mengeluarkan satu amaran khas berkaitan dengan prestasi kamera iPhone dengan menyatakan bahawa mendedahkan iPhone kepada gegaran seperti gegaran yang dihasilkan oleh enjin motortsikal boleh menjejaskan kamera peranti tersebut.

Dalam dokumen khas yang diterbitkan, Apple menjelaskan mendedahkan iPhone pada amplitud gegaran tinggi di antara frekuensi tertentu, ia berupaya menjejaskan beberapa ciri utama iPhone seperti penstabilan imej (OIS) serta sensor magnetik bagi ciri auto fokus yang ada pada telefon pintar tersebut.

Ekoran itu, Apple mencadangkan kepada pengguna iPhone supaya tidak meletakkan iPhone bersama motorsikal berkuasa tinggi.

Pengguna motorsikal berkuasa rendah, skuter atau morotsikal elektrik pula disyorkan menggunakan pelapik anti getaran pada pengikat iPhone apabila meletakkan iPhone bersama kenderaan tersebut.

Apple juga mengesyorkan pengguna supaya mengelakkan daripada meletakkan iPhone mereka dalam tempoh yang lama pada motorsikal.

Sumber: Apple