Sebelum ini, Apple dilaporkan bakal mengeluarkan kereta pandu sendiri menjelang 2024. Terbaru, Elon Musk menyatakan beliau pernah ingin menjual Tesla kepada Apple ketika pihaknya sedang menghadapi kesukaran membangunkan Model 3.

Bagaimanapun, CEO Apple Tim Cook bukan sahaja tidak berminat untuk membeli Tesla, malah menolak untuk mengadakan perbincangan mengenainya.

Sementara itu, ciapan Musk di Twitter tidak menyatakan tarikh yang lebih spesifik bilakah perkara ini berlaku. Kemungkinan ianya adalah sekitar tahun 2017, di mana ketika itu Tesla masih bergelut untuk mendapatkan sumber kewangan dan belum menghasilkan kenderaan elektrik untuk jumlah yang tinggi.

Berkenaan nilai perolehan yang dicadangkan Musk ketika itu, ianya adalah 1/10 daripada nilai Tesla sekarang.

Dalam pada itu, Elon Musk yang juga merupakan pengasas bersama SpaceX kini adalah individu kedua terkaya didunia selepas Jeff Bezos.

Sumber: The Verge