Elon Musk telah membuat satu ciapan di Twitter akan pendapat beliau terhadap siri Amazon terbaru daripada seterunya, Jeff Bezos.
Almost every male character so far is a coward, a jerk or both. Only Galadriel is brave, smart and nice.
— Elon Musk (@elonmusk) September 5, 2022
Elon Musk menunjukkan beliau bukanlah peminat bagi siri prekuel francais The Lord of the Rings itu.
Tambahan lagi, beliau juga menyatakan tiada karakter lelaki dalam siri itu yang berkualiti melainkan watak karater perempuan, Galadriel.
Selain Elon Musk, siri LOTR: Rings of Powers ini turut mendapatkan kritikan dan penilaian yang rendah daripada komuniti dunia ketika tayangan perdananya.
Go Middle-earth!https://t.co/SbJrAJ05mw
— Jeff Bezos (@JeffBezos) September 3, 2022
Walaupun begitu, Jeff Bezos tetap positif dan mempunyai harapan yang tinggi dalam siri tersebut.
Sumber: New York Post