Misi Elon Musk dan syarikat pimpinannya SpaceX untuk pergi ke Marikh bukan lagi merupakan projek rahsia.

Melalui temuduga ketika menerima penghargaan dari media Axel Springer, beliau telah membentangkan garis masa dan langkah-langkah bagaimana SpaceX mahu ke Marikh.

Buat masa ini, SpaceX bakal menerbangkan kapal angkasa Starship untuk ujian altitud pada minggu ini juga.

Kapal angkasa Starship milik SpaceX.

Elon Musk turut menambah, beliau yakin manusia akan mendarat ke Marikh sekitar 2024-2026. Beliau turut mengambil kira pengiraan masa penyeragaman Bumi dan Marikh setiap 26 bulan pada jangka masa itu.

Namun, sebelum menerbangkan manusia ke Marikh, SpaceX terlebih dahulu perlu mengemudi misi tanpa kru manusia yang dirancang pada tahun 2022.

Elon Musk juga turut mengatakan bahawa beliau mempunyai impian untuk dikebumikan di Marikh.

Sumber: TechCrunch