Bercakap soal liga bola sepak Inggeris, peminat Manchester United pastinya dalam diam bergerak selangkah ke belakang, cuba lari daripada perbualan.
Elon Musk di Twitternya tadi memberitahu dia mahu membeli kelab di tangga tercorot dalam liga waktu ini, Manchester United.
Bagi yang belum maklum, kelab yang mendapat pengurus baru dan dibintangi Cristiano Ronaldo itu telah tewas dalam kedua-dua perlawanan awal liga menentang Brighton dan Brentford.
Also, I’m buying Manchester United ur welcome
— Elon Musk (@elonmusk) August 17, 2022
Dalam rajutan itu, Musk dalam twit pertamanya menyatakan sokongannya terhadap sayap kiri Parti Republik dan sayap kanan Parti Demokratik.
Media antarabangsa pada beberapa bulan melaporkan keluarga Glazers, pemilik kelab itu bersedia melepaskannya pada harga sekitar RM22 bilion (£4 bilion).
{suggest}
Tapi, bagi yang mengikuti Musk pastinya tahu banyak kirimannya di Twitter bersifat jenaka dan sindiran atau sarkastik. Jadi, tidak perlu kita berpegang 100% pada apa dikatakannya di laman sosial tersebut.
Beliau sering berkongsi meme walaupun Tesla salah-satunya ‘mangsa’. Misalnya, dia menyindir Jun akan menjadi bulan yang kecoh tentang LGBT, berbunyi seolah-olah menyindir syarikat yang menyatakan sokongan komuniti itu dalam bulan tersebut.
Tesla scores 100/100 for 7th year in a row for LGBTQ equality
https://t.co/9wvCbgrtUE— Elon Musk (@elonmusk) June 1, 2022
Namun kemudian dia sendiri mendedahkan Tesla antara syarikat yang memperoleh mata 100/100 dari segi kesaksamaan terhadap komuniti tersebut.
Sumber: Elon Musk