Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla steam

Elon Musk Dedah Steam Akan Ada Pada Tesla Tak Lama Lagi

Posted on Julai 18, 2022Julai 18, 2022

Tesla nampaknya akan mengembangkan koleksi permainan video dalam keretanya, dengan menambahkan Steam.

Berdasarkan ciapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, demo mungkin akan diperlihatkan bulan depan.

We’re making progress with Steam integration. Demo probably next month.

— Elon Musk (@elonmusk) July 15, 2022

Tesla sudah menawarkan beberapa permainan melalui ‘Tesla Arcade’ terbina, seperti Cuphead dan Sonic the Hedgehod 1, namun dengan adanya Steam, ia boleh memberi pengguna akses kepada lebih banyak lagi permainan.

Bagaimanapun, masih belum pasti sama ada persepaduan ini akan membolehkan pengguna membuat pembelian di Steam sambil berada di dalam kereta, atau maklumat lain yang lebih terperinci.

Tesla pernah mendapat kecaman tahun lepas selepas melanggar dasarnya, yang pada awalnya membenarkan pemandu bermain permainan hanya semasa di tempat letak kereta, dan kemudian membenarkan pemandu bermain apabila kenderaan sedang bergerak dengan memintas pengesahan keselamatan.

Selepas dikritik oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Tesla menarik balik kebenaran tersebut.

Sumber: CleanTechnica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress