Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Elon Musk Bakal Kembalikan Semula Twitter Blue Pada 29 November

Posted on November 17, 2022

Selepas berlakunya kekecohan sepanjang berlangsungnya Twitter Blue, pelan tersebut telah diberhentikan buat sementara waktu. Kini, Elon Musk telah menetapkan tarikh baru kemunculan semula pelan berbayar ini.

Langkah pemberhentian tersebut terpaksa diambil ekoran timbulnya isu peningkatan jumlah pengguna tidak bertanggungjawab menyamar sebagai jenama, selebriti dan juga beberapa profil lain yang popular.

Tarikh baharu yang ditetapkan oleh CEO syarikat itu adalah pada 29 November 2022 dimana ia turut dikatakan bakal ditambah baik dan diperkemaskan berbanding tawaran sebelum ini.

Punting relaunch of Blue Verified to November 29th to make sure that it is rock solid

— Elon Musk (@elonmusk) November 15, 2022

Elon Musk tidak menyatakan sebarang perubahan yang ada untuk kemunculan semula Twitter Blue. Namun, syarikat itu sudah mengembalikan semula label “Offical” untuk mengelakkan sebarang penyamaran dan konflik berlaku semula.

{suggest}

Mana-mana pengguna Twitter yang ingin disahkan tidak boleh menukar nama akaun tanpa kehilangan tanda pengesahan. Perkara ini akan berterusan sehingga Twitter telah mengesahkan namanya serta mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan.

Sumber: Twitter

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress