Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Elon Musk Akan Letak Jawatan Sebagai CEO Twitter Sebaik Sahaja Jumpa Pengganti

Posted on Disember 21, 2022

Elon Musk baru-baru ini mengeluarkan sebuah undian sama ada dia patut meletakkan jawatan sebagai CEO Twitter ataupun tidak. Berdasarkan keputusan akhir, dia akan meletakkan jawatan tersebut sebaik sahaja menjumpai pengganti yang “cukup bodoh” untuk mengambil jawatan tersebut.

I will resign as CEO as soon as I find someone foolish enough to take the job! After that, I will just run the software & servers teams.

— Elon Musk (@elonmusk) December 21, 2022

Lebih daripada 17 juta pengguna yang melibatkan diri untuk mengundi (termasuk saya) dan 57.5% yang menyatakan Ya manakala 42.5% yang menjawab Tidak.

Elon Musk akan kekal diam untuk perkara ini sehingga Selasa. Katanya sebelum ini, dia akan mengikuti sahaja keputusan yang diberikan.

Sudah tentu, CEO Twitter ini mungkin tidak tahu berapa banyak masa yang dia perlukan untuk mencari pengganti yang sesuai untuknya.

Namun, Elon Musk pasti akan mencari pengganti untuk menjadi CEO manakala dia akan mula berkhidmat di dalam bahagian perisian syarikat tersebut.

{suggest}

Semenjak peralihan syarikat Twitter dua bulan yang lepas, kontroversi dan kekecohan seringkali berlaku di dalam platform ini.

Ini adalah termasuk pemecatan pekerja dengan bilangan yang besar, kekeliruan dalam pelan Twitter Blue, serta polisi baharu yang agak melampaui batas bagi sesetengah pengguna.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress