Mulai Februari, 5 tab navigasi utama di aplikasi Instagram tidak lagi akan menampilkan butang ‘Shop‘.
Berita baiknya, butang untuk ‘post’ gambar dan video diletakkan di tengah-tengah lantas memudahkan pengguna berkongsi kandungan seperti dulu.
Manakala kedudukan tab kedai akan digantikan dengan tab Reels. Pun begitu, ciri kedai Instagram masih diteruskan seperti biasa.
Jadi, tinggal 2 butang saja di atas Story iaitu notifikasi dan DM.
Ini bermakna Instagram ‘insaf’ kerana sebelum ini mereka seolah-olah terlalu memaksa Reels dan Shop pada pengguna secara mendadak.
Perkara tersebut berikutan TikTok yang waktu itu sudah mula mendaki puncak.
{suggest}
Beberapa bulan lalu, beberapa selebriti Hollywood turut berkongsi hantar di Story mereka yang meminta Instagram supaya berhenti cuba meniru TikTok.
Respons daripada Ketua Instagram, Adam Mosseri boleh dibaca di SINI.