realme sedia memperkenalkan realme C15 (4GB/64GB) di Malaysia yang merupakan kelas permulaan dengan bateri besar 6,000mAh berharga RM599.
Kini terdapat varian baharu realme C15 yang hadir dengan memori lebih kecil 3GB/64GB dan harga lebih rendah pada harga RM569.
Dari segi spesifikasi lain, ia sama sahaja dengan menawarkan Snapdragon 460, skrin 6.5 inci LCD, kuad kamera 13MP+8MP+2MP+2MP, swafoto 8MP, bateri 6,000mAh dan pengecasan 18W.
realme C15 dengan memori 3GB/64GB ini sudah boleh mula dibeli hari ini melalui kedai atas talian Shopee. Menariknya anda boleh mendapatkannya dengan harga lebih rendah RM469 sehingga tarikh akhir 24 Disember kelak.