Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perantisiswa

Edaran PerantiSiswa Bermula Ogos, Fasa Kedua Libatkan Pelajar IPG Dan Kolej Matrikulasi

Posted on Julai 19, 2022Julai 19, 2022

Menteri K-KOMM sebentar tadi memberitahu pengagihan tablet PerantiSiswa akan bermula bulan depan, Ogos 2022. Terdahulu, ia sudah pun ditunda ke Julai iaitu bulan ini.

Jelas menteri, kelewatan ini adalah disebabkan arahan daripada Kementerian Kewangan yang menuntut K-KOMM membuka tender kedua bagi memperbetul beberapa perkara.

Keputusan daripada Kementerian Kewangan berkenaan tender ini akan diputuskan dalam masa seminggu.

Selain itu, permohonan PerantiSiswa juga akan dibuka sekali lagi dari 1 Ogos – 30 September 2022.

Dalam permohonan ini, pelajar daripada IPG (institut pendidikan guru) dan kolej matrikulasi juga boleh memohonnya. Sebelum ini, hanya pelajar daripada IPTA dan IPTS saja yang layak memohon.

Sebanyak 100,00 permohonan sudah diterima dan sedang diproses.

Tarikh penyerahan tablet bagi permohonan fasa pertama tempoh hari sedang dibincangkan dengan pihak universiti namun ia akan berjalan dalam Ogos.

Tan Sri Annuar Musa akan berkongsi lebih lanjut tentang PerantiSiswa ini pada 4 Ogos 2022 dalam sidang Parlimen kelak termasuk jenama, spesifikasi, perincian jumlah IPTA/IPTS dan lain-lain.

Sumber: Parlimen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress