Kejohanan simulasi perlumbaan E1 Championship kini kembali lagi untuk musim kedua dimana kali ini hadiah terkumpul adalah sebanyak USD15,000 (~RM63380).

Pada musim kedua, E1 Championship menyaksikan pasukan dan pelumba akan berlumba sebanyak 8 pusingan di litar ikonik antarabangsa. Selain itu, musim ini juga dilihat beberapa pasukan terdahulu akan turut serta seperti Flash Axle Sports (Singapura), Stratos Motorsports (Malaysia) dan 5 pasukan lain.

Bagi yang berminat, pendaftaran sudah pun dibuka sekarang dengan tekan pautan iniYuran pendaftaran juga sedikit rendah berbanding dahulu dimana sebanyak USD2500 (~RM10563) untuk sebuah pasukan yang merangkumi dua pelumba.

Kesemua pusingan perlumbaan akan disiarkan secara langsung di saluran eGG pada 9 malam dari 25 Ogos 2021. Manakala kejohanan ini dihoskan serta diulas oleh Daniel Woodroof, Dez Corkhill dan Alex Yoong.

Sumber: Siaran Akhbar E1 Championship

Baca juga artikel berkaitan: