Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

e-BECA Dilancarkan, Boleh Dicas Guna Tenaga Solar

Posted on Jun 9, 2022Jun 9, 2022

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan elekrik beca (e-BECA) yang menggunakan teknologi boleh dicas menggunakan tenaga solar.

Pelancaran e-BECA yang dibuat di Kuala Terengganu itu dijangka mampu merancakkan lagi  industri pelancongan di Negeri Terengganu.

Sekaligus menambah baik pendapatan pengayuh beca dengan adanya lebih ramai kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara.

e-BECA ini dilengkapi dengan paparan skrin LED bagi penyampaian maklumat dan promosi serta dilengkapi dengan sistem audio yang menarik. Kredit: MOSTI

Pembangunan inovasi e-BECA ini merupakan kerjasama di antara Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), SME Corp. Malaysia dan disokong oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu serta Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu.

Sumber: MOSTI

Baca juga:

  • MOSTI Sumbang Baka Padi Nuklear Kepada Pesawah Kuala Terengganu
  • Menara Diguna Maxis, Celcom, Digi, Dan U-Mobile Yang Terbakar Sedang Dibaik Pulih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress