Semalam, Huawei telah pun melancarkan telefon baharu mereka, iaitu P50 dan juga P50 Pro. Kini, dengan begitu pantas laman penanda aras DxOMark berkongsikan skor kamera bagi peranti berkuasa baharu Huawei P50 Pro.

Huawei P50 Pro menerima skor keseluruhan sebanyak 144 dan sekaligus meletakkanya berada di tangga teratas dalam carta prestasi kamera dimana penyandangnya sebelum ini Xiaomi Mi 11 Ultra dengan skor 143.

Menurut DxOMark, mereka memuji sensor utama 50MP yang ada pada P50 Pro bersama 40MP monokrom dimana ia menghasilkan warna serta gambar yang cantik.

Selain itu, kemampuan zum periskop 64MP turut dikatakan mengekalkan kualiti gambar disamping gambar malam yang baik. Bagaimanapun, beberapa kekurangan dilihat seperti potret tidak begitu cemerlang serta autofokus dan rakaman video malam kurang memberangsangkan.

Walau apa pun, setakat ini kebanyakan peranti Huawei menerima skor yang tinggi dari DxOMark selain Xiaomi melalui Mi 11 Ultra dan Mi 10 Ultra.

Adakah anda bersetuju dengan skor yang diberikan oleh DxOMark ini?

Mengimbas kembali spesifikasi kameranya, ia hadir dengan 4 lensa – 50MP utama, 40MP monokrom, 13MP ultra lebar dan 64MP telefoto.

Sumber: DxOMark

Baca juga artikel berkaitan: