DxO yang sudah dikenali sebagai ‘benchmarkers’ kepada sensor kamera kini mengalih perhatian mereka kepada sensor dron. Syarikat itu menguji pelbagai jenama kamera yang dipasang ke dron-dron terkenal seperti model 5DJI, GoPro Karma Hero5 Black dan Yuneec Breeze 4K. Hasilnya tidaklah mengejutkan kerana kamera dron bersaiz kecil dan sensor yang bersaiz kecil prestasinya kurang memuaskan.
Dasarnya, semua sensor tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan cahaya yang kurang tetapi beraksi dengan lebih baik dengan generasi dengan model terdahulu. Sebagai contoh, Four Thirds size sensor dalam DJI Zenmuse X5S menunjukkan sensitif yang lemah dalam keadaan kurang cahaya berbanding dengan sensor Olypus yang terkini, OEM-D E-M1 Mark II (tahah sensitif ISO 956 untuk DJI vs. ISO 1312 untuk Olympus) tetapi mengatasi prestasi sensor asal E M-1 yang diuji pada tahap ISO 757.
Semakin kecil sensor, makin kurang prestasi mereka beroperasi. Hero5 Black mempunyai tahap prestasi yang buruk kerana ia hanya dapat menangkap 10 bit warna per piksel berbanding kamera lain dalam lingkungan 12-14 bit warna per piksel
Anda boleh melihat hasil penuh di sini.