Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Duolingo Kini Mengajar Matematik Kepada Pengguna

Posted on Oktober 28, 2022

Siapa sangka sebuah aplikasi yang hanya mengajar penggunanya mengenai bahasa kini berada dalam bentuk pelajaran Matematik?

Duolingo, sebuah aplikasi yang kebiasannya cuma memberi panduan kepada pelbagai jenis bahasa kini fokus kepada pelajaran kira-kira pula. Namun, tiada apa perubahan dari segi maskot dan juga sistem dalam aplikasinya.

Aplikasi ini mengandungi dua komponen pembelajaran. Yang pertama ialah tahap sekolah rendah di mana kanak-kanak boleh menggunakan aplikasi ini sebagai aktivti tambahan kokurikulum. Yang kedua pula adalah dispesifikasikan kepada pengguna dewasa di mana memantapkan lagi kemahiran mental Matematik.

Antara topik-topik yang dimasukkan adalah pendaraban, pembahagian, perpuluhan, geometri dan lebih banyak lagi. Setiap topik ini mempunyai latihan mengikut kesukaran yang diinginkan atau dipertingkatkan tahap demi tahap.

Duolingo berharap agar setiap pengguna akan belajar untuk meningkatkan kemahirannya secara praktikal. Aplikasi ini dijangka akan keluar di iPhone, iPad dan beberapa peranti iPod Touch dan hanya ada dalam bahasa Inggeris sahaja buat masa kini. Untuk versi di Android masih lagi tidak diberitahu oleh syarikat tersebut.

Sumber: Duolingo

Gambar: Duolingo

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress