Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dunia Alami Kering Luar Biasa Pada 2021 – PBB

Posted on Disember 1, 2022

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) melaporkan bahawa sebahagian kawasan di dunia didapati mengalami keadaan lebih kering daripada biasa pada tahun 2021.

Menurut laporan pertama agensi itu mengenai sumber air global, keadaan kering luar biasa dengan kemarau berterusan sepertimana yang dihadapi kawasan seperti di Rio de la Plata di Amerika Selatan, telah menjejaskan rantau itu sejak tahun 2019 lagi.

Malah didapati, sungai-sungai utama seperti Niger, Volta, Nil dan Congo yang terletak di dalam benua Afrika mempunyai aliran air di bawah purata pada tahun 2021.

Keadaan yang sama turut diperhatikan berlaku di sungai-sungai di bahagian Rusia, Siberia Barat dan di Asia Tengah.

@WMO published its first State of Global Water Resources report to assess the effects of climate, environmental and societal change on the Earth’s water resources. #Water4Climate

🔗 https://t.co/cTOCnyB0Y6 pic.twitter.com/q01YgNcrAY

— World Meteorological Organization (@WMO) November 29, 2022

“Kesan perubahan iklim sering dirasai melalui air – kemarau berpanjangan dan kerap, banjir yang lebih melampau, hujan bermusim yang lebih tidak menentu dan pencairan glasier yang dipercepatkan – memberi kesan melata terhadap ekonomi, ekosistem dan semua aspek kehidupan seharian kita”, Setiausaha Agung WMO, Profesor Petteri Taalas.

{suggest}

Sumber: UN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress