Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) telahpun berkuatkuasa sejak 1 Jun yang lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Berita baik bagi anda yang gemar menghabiskan masa bermain Mobile Legends, anda berpeluang untuk menang hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 menerusi Kejohanan Mobile Legends THQ Stay At Home.

Kejohanan ini merupakan anjuran Team Haq Esports Club yang turut dijayakan oleh La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy. Sejumlah 256 pasukan dan lebih dari 1500 orang disasarkan bagi penyertaan kali ini.

Menurut penganjur, objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk mengajak orang ramai untuk terus kekal berada dirumah sewaktu PKP berjalan.

Bagi yang berminat boleh layari laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club. Tiada bayaran dikenakan dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 7 Jun 2021.