PRISM+ telah melancarkan bukan sekadar satu, tetapi dua jenis produk soundbar yang baharu digelar sebagai PRISM+ Symphony dan PRISM+ Flow Soundbars.
Ciri PRISM+ Symphony yang paling menyerlah adalah Dolby Atmos spatial audio yang memberi kualiti bunyi seolah-olah berada di panggung wayang. Manakala soundbar PRISM+ Flow menyokong Dolby Audio yang memberi pengalaman dinamik audio.
Dolby Digital, Dolby Digital Plus, dan Dolby TrueHD telah disokong oleh Symphony dan akan memberi pengguna kualiti bunyi yang optimum walaupun menggunakan peranti yang tidak menyokong Dolby Atmos.
{suggest}
Soundbar ini mempunyai penyambungan HDMI-eARC di mana kualiti bunyi dipertingkatkan tanpa sebarang jenis gangguan walaupun di kelantangan bunyi yang tertinggi.
Bagi pengguna yang mencari soundbar yang lebih murah tetapi masih berkualiti boleh memilih PRISM+ Flow. Ia merupakan pembesar suara 2.1 bersama output 240W yang dikuasakan Dolby Audio.
Ukuran bagi PRISM+ Flow ialah 890mm x 82mm x 58mm, sesuai untuk mana-mana ruangan kecil. Soundbar ini juga menyokong Dolby Digital dan Dolby Digital Plus.
Kedua-dua soundbar ini dilengkapi dengan subwufer tanpa wayar. Ianya membantu pengguna untuk meletakkannya pada mana-mana kedudukan sekalipun.
Selain daripada itu, ianya mempunyai 5 mod pratetap untuk News, Music, Sport, Gaming dan Movie. Kedua-dua soundbar ini mempunyai kecerahan LED yang boleh diselaraskan dan boleh dinavigasikan melalui kawalan jauh TV.
The PRISM+ Flow dan PRISM+ Symphony masing-masih dijual pada tanda harga RM799 dan RM1399. Ia sudah pun tersedia untuk dipratempah dan penghantaran bermula pertengahan November 2022.
Sumber: Siaran Akhbar PRISM+