realme Malaysia mengumumkan realme GT Neo2 dan realme Pad akan tiba di Malaysia pada 3 November 2021 dan pelancarannya boleh ditonton di saluran Facebook realme mulai jam 3 petang.
realme GT Neo2 dikuasakan dengan cip Snapdragon 870, sistem 3 kamera, paparan E4 AMOLED 120Hz kadar segar semula, bateri sebesar 5000mAh, pengecasan pantas 65W serta hadir dengan dua versi iaitu 8GB RAM + 128 GB storan dan 12GB+256GB storan. Ia juga adalah model pertama mereka menggunakan Diamond Thermal Gel sebagai sistem penyejukan.
Tablet pertama realme iaitu realme Pad pula dilengkapi skrin sebesar 10.4 inci dengan resolusi WUXGA+ (Widescreen Ultra eXtended Graphics Array Plus) dan pembesar suara Dolby Atmos Quad.
Sumber: Siaran Akhbar realme
Baca juga: