Qualcomm China di halaman rasmi mereka Weibo mengumumkan sebuah acara dinamakan Snapdragon Night akan dilangsungkan pada 20 Mei ini, jam 8 malam.
Khabar angin kuat mengatakan acara ini antaranya bertujuan untuk memperkenalkan dua cip baharu iaitu Snapdragon 8 Gen 1+ dan 7 Gen 1.
Cip 8 Gen 1+ ini dipercayai dibangunkan dengan binaan 4nm daripada TSMC dan Motorola Edge X30 akan menjadi yang pertama menggunakannya.
Snapdragon 7 Gen 1 pula dilaporkan akan hadir dengan Cortex-A710 bersama Adreno 662 GPU. Oppo Reno8 yang akan dilancar 23 Mei ini mungkin akan menjadi terawal dilengkapkannya.
Baca juga: