Mungkin mimpi menjadi kenyataan kerana rakyat Malaysia bakal menerima perkhidmatan penghantaran barang menggunakan dron tidak lama lagi.

Baru-baru ini, AirAsia dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) serta Sekretariat Utama Sandbox Inovasi dan Teknologi Malaysia (NTIS) akan menawarkan perkhidmatan tersebut yang mana ia adalah pertama di Malaysia.

Melalui ini, ia akan menghantar pesanan dari platform e-dagang termasuk AirAsia Shop. Ujian berperingkat selama 6 bulan juga akan bermula di Cyberjaya.

Selain itu, perkhidmatan penghantaran dron ini dilakukan oleh dua pengendali dron tempatan, iaitu VStream Revolution Sdn Bhd dan Meraque Service Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui menterinya berkata, mereka bersedia menjadi peneraju utama dalam industri teknologi dron (DroneTech) menjelang 2025.

Tambahan lagi, pengenalan perkhidmatan ini juga dapat membuka peluang pekerjaan baharu dan berteknologi tinggi untuk rakyat disamping bersedia menghadapi gelombang Revolusi Industri 4.0.

Sumber: AirAsia