Beberapa minggu lalu, Valve menyatakan yang kejohanan e-sukan berprestij Dota 2 The International 10 (TI10) tidak jadi diadakan di Stockholm, Sweden.
Terkini, lokasi terbaru untuk TI10 telah sah dan akan dianjurkan didalam stadium Arena Nationala di Bucharest, Romania.
Namun, kejohanan yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada Ogos ini telah ditangguhkan ke bulan Oktober. Menurut Valve, peringkat kumpulan akan bermula pada 7-10 Oktober manakala acara utama pada 12-17 Oktober 2021.
Sementara itu, peringkat kelayakan sedang berlangsung dan masih berbaki dua pasukan iaitu dari rantau China dan Eropah untuk pergi ke TI10.
Sebanyak 18 pasukan terbaik seluruh rantau akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul setakat ini sekitar $40 juta (RM166 juta).
Valve akan mengemaskini maklumat lanjut berkaitan jualan tiket kejohanan TI10 dalam masa terdekat.
Sumber: dota 2
Baca juga – Nak Menang Kerusi Gaming Secretlab X RSG? Sertai “Giveaway” Ini