Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

DJI Osmo Mobile 4 Dijangka Hadir Dengan Sistem Pemasangan Magnet

Posted on Ogos 26, 2020Ogos 26, 2020

DJI kini dijangka akan memperkenalkan gimbal telefon pintar terbaru iaitu Osmo Mobile 4. Menerusi video pendek yang dimuat naik di Twitter, ia mendedahkan gimbal tersebut hadir dengan beberapa pembaharuan.

magnet osmo mobile 4
magnet osmo mobile 4

Terdapat dua mekanisme magnet untuk menggunakan gimbal terbaru ini. Selain menggunakannya dengan cara mengepit telefon pintar, DJI turut menambah sokongan dengan menggunakan mekanisme pemasangan magnet yang membolehkan pemasangan telefon pintar pada gimbal boleh dilakukan dengan lebih pantas.

Ia kemungkinan hadir dengan beberapa ciri baru termasuk DynamicZoom yang membolehkan zum dengan cara cinema-grade. Antara ciri lain adalah sama seperti Osmo Mobile 3 iaitu ActiveTrack 3.0 yang berfungsi untuk mengikuti subjek yang telah difokuskan.

DJI Osmo Mobile 4 #DJI #OM4 #OsmoMobile4 pic.twitter.com/0odN7NyuN6

— Roland Quandt (@rquandt) August 25, 2020

Osmo Mobile 4 dikatakan akan dilengkapi kapasiti bateri 2450mAh yang boleh bertahan sehingga 15 jam penggunaan. Ia mempunyai sokongan pengecasan USB-C.

Gimbal ini dijangka akan ditawarkan pada harga 150 euro (~RM739) dan diperkenalkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai DJI Osmo Mobile 4, nantikan pengumuman rasmi dari DJI.

Sumber: WinFuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress