DJI Malaysia dengan kerjasama vivo Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Peraduan Fotografi Merdeka melalui fotografi kreatif yang memaparkan semangat Merdeka dan patriotisme.

Ia merupakan salah satu inisiatif dari pihak tersebut untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 bersama rakyat Malaysia.

Peraduan Fotografi Merdeka ini yang bermula dari sekarang sehingga 1 September 2021 ini membolehkan pesertanya berpeluang memenangi 2x vivo TWS Neo (bernilai RM359) dan barangan edisi terhad DJI dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Like Laman Facebook rasmi DJI Malaysia dan vivo Malaysia
  2. Post gambar bertemakan Hari Merdeka yang paling kreatif di bahagian komen
  3. Tag 3 rakan, like dan kongsikan post tersebut.

DJI Malaysia juga memaklumkan mereka akan mengadakan one-day promosi eksklusif pada hari Rabu, 25 Ogos 2021 di mana pelanggan dapat menikmati potongan harga sehingga 40% bagi produk DJI terpilih seperti Osmo Action, DJI Mavic Air 2 dan DJI Mini 2 di samping baucar diskaun tambahan RM40 dan penghantaran percuma. 

Selain itu, dari 26 Ogos hingga 8 September 2021, anda juga layak mendapat tawaran istimewa dengan pembelian yang dibuat di Gedung Rasmi DJI melalui Lazada dan Shopee

  1. Baucar diskaun sepenuh hari: Potongan sehingga RM5 untuk pembelian minima RM500
  2. Baucar diskaun sepenuh hari: Potongan sehingga RM10 untuk pembelian minima RM1000
  3. Follow Gedung Rasmi DJI di Lazada dan Shopee untuk layak mendapat baucar RM8 (tanpa pembelian minima)

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Fotografi Merdeka ini, sila layari laman Facebook rasmi DJI Malaysia.