Pada Januari lepas, DJI telah membeli saham majoriti di dalam syarikat pembuat kamera ikonik Sweeden, Hasselblad.
2 syarikat itu telah bekerjasama dan hari ini telah mengeluarkan satu produk yang dipanggil, satu platform 100-megapiksel pertama untuk integrasi pengimejan dron.
Dron itu menggabungkan sebuah dron M600 Pro dan kamera h6D-100c.
Pengumuman itu adalah sebahagian daripada persidangan industri NAB yang sedang berlangsung di Las Vegas.
Kamera tersebut mempunyai sensor 53.4mm x 40.0 mm yang boleh menangkap detail yang rumit serta warna walau dalam keadaan cahaya yang lemah.
M 600 Pro sekarang ini dijual dengan harga $4,999 atau RM 21,780 dan telah dipasarkan sebagai alat untuk produksi filem Hollywood.
Tiada harga rasmi lagi untuk kamera H6D-100c, berkemungkinan akan dijual dalam lingkungan $30,000 atau RM 130,710.
Hasselblad merupakan jenama Sweeden yang mendapat perhatian selepas NASA menggunakan kamera mereka untuk menangkap imej ikonik pendaratan pertama di bulan.