Pada bulan Mei yang lalu realme ada memperkenalkan sub-jenama bergelar “DIZO“ yang mengfokuskan produk AIoT. Baru-baru ini, DIZO telah mengacah telefon bimbit pertama mereka di Twitter rasminya.
Premium design coupled with the best features is just what you need to #BeDifferent.
Get the complete package, soon. Can you guess the product ?#DIZO #realmeTechLife pic.twitter.com/RHvNTJ0U6g
— DIZO (@DIZOTech) July 2, 2021
Walaupun tidak berapa jelas, dengan sedikit suntingan poster tersebut menunjukkan telefon bimbit ini tampil dengan modul kamera berbentuk bulat.
Menurut GizChina, ini mungkin telefon DIZO Star 500 yang telah mendapat pensijilan FCC pada Mei lalu. Jika benar, telefon ini hadir dengan sokongan 2G, dua slot kad sim, dan bateri 1,830mAh.
Apa-apa pun, kita tidak perlu menjangkakan lebih kerana ia bukannya telefon pintar dan DIZO lebih memfokuskan produk AIoT seperti jam pintar dan fon kepala TWS.
Sumber: gizchina
Foto utama: sudir_vaishnav
Baca juga – Langgan Pelan Celcom Mega Lightning XL, Percuma realme 8 5G
Baca juga – realme Dilapor Kerjasama Dengan Kodak Untuk Telefon ‘Flagship’ Baharu