Mengikut CNN, Disney+ akan mengubah polisi platform penstriman mereka dengan pelbagai pembaharuan. Untuk para pelabur, pembaharuan ini adalah berita baik tetapi tidak untuk pelanggan seperti kita.
Pertama, Disney+ dijangka akan mengurangkan kandungan yang sedia ada dalam platform penstriman mereka. Dan CEO Bob Iger juga mengatakan syarikat itu akan menghasilkan kandungan cerita yang lebih sedikit pada masa akan datang.
Seterusnya, Disney+ mungkin akan menambahkan iklan yang sedia ada dalam platform mereka. Pelaksanaan itu mungkin akan dilakukan pada hujung tahun ini.
Mengeruhkan lagi, Disney+ akan menambahkan harga langganan bagi versi perkhidmatan bebas iklan mereka. Langkah ini adalah untuk menolak lebih ramai pelanggan kepada versi standard yang ada iklan.
{suggest}
Hal ini demikian kerana Disney+ boleh menjana lebih banyak pendapatan melalui penjualan iklan mereka apabila versi tersebut ada lebih banyak pelanggan.
Selain itu, Disney+ juga dilaporkan dalam perbincangan untuk bergabung dengan platform penstriman Hulu.
{suggest}
Jadi, penggabungan ini juga menjadi salah satu faktor utama peningkatan harga langganan mereka nanti.
Sumber: CNN