Syarikat Disney telah berusaha untuk membeli syarikat penerbitan kandungan media terkemuka, 21st Century Fox sejak lebih setahun lalu.
Terkini, dengan bayaran sejumlah $71.3 bilion(~RM290.4 bilion), akhirnya penambil-alihan tersebut menjadi kenyataan.
Pembelian ini bermakna Disney kini telah menguasai seluruh divisyen studio filem Fox, Fox Televisyen Group serta 30% pegangan mereka dalam perkhidmatan penstriman Hulu.
Bagaimanapun, fokus Disney masih tertumpu pada aset perfileman 20th Century Fox yang melibatkan pelbagai siri filem dan rancangan televisyen.
Selain itu, mereka juga bercadang untuk mengintegrasikan francais seperti Deadpool dan X-Men ke dalam Marvel Universe di masa akan datang serta mahu membawa perkhidmatan Hulu ke peringkat global.
Feels like the first day of ‘Pool. pic.twitter.com/QVy8fCxgqr
— Ryan Reynolds (@VancityReynolds) March 19, 2019
Dalam pada itu, pelakon watak Deadpool, Ryan Reynolds telah membuat satu kicauan khas di akaun Twitter-nya dengan memakai “telinga” Mickey Mouse sempena perkembangan ini.
Pengambil-alihan ini berkuat-kuasa mulai hari ini, 20 Mac dan ia adalah perkembangan yang menarik bagi industri filem antarabangsa.
Sumber: Variety