Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini dalam kenyataan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik yang berkuat kuasa esok, 18 Jun hingga 18 Julai 2021.
Diskaun sebanyak 50% ini diberikan untuk semua saman terpilih termasuk dalam kategori senarai hitam. Namun, saman yang berada dalam sebutan mahkamah, kesalahan utama yang dilakukan pada tahun ini, kesalahan kenderaan berat serta berkaitan pengubahsuaian ekzos.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk membayar secara dalam talian melalui portal rasmi PDRM atau pautan mybayarsaman. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman ini di iOS serta Android.
Muat turun aplikasi MyBayar Saman di:
Baca juga – PDRM Umum Portal Dan Aplikasi MyBayar Saman, Ini Cara Guna
Sumber: PDRM