Selain pengguna elektrik di Semenanjung yang menerima rebat tambahan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengguna-pengguna elektrik di Sabah juga menerima diskaun bil elektrik secara bersasar.

Walaubagaimanapun, diskaun tersebut hanya bagi tempoh tiga bulan sahaja yang bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2021.

Berikut adalah pecahan pegguna elektrik domestik di Sabah yang akan menikmati diskaun bil elektrik:

(i) 220,000 pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah akan menerima diskaun sebanyak 40%;

(ii) 90,000 pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj akan menerima diskaun sebanyak 15%;

(iii) 110,000 pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 301 hingga 500kWj akan menerima diskaun sebanyak 10%; dan

(iv) 90,000 pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 501 hingga 1000kWj akan menerima diskaun sebanyak 5%.

Selain pengguna domestik, pengguna bukan domestik di Sabah pula akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 5%, sama seperti di Semenanjung.

*pelanggan domestik merujuk kepada pengguna kediaman
*pelanggan bukan domestik merujuk kepada pengguna kategori komersial, industri dan pertanian bervoltan rendah.

Sumber: KeTSA

Baca juga: TNB Memberikan Rebat Elektrik Tambahan Kepada Semua Bermula 1 Julai Hingga 31 Disember 2021