Pelbagai berita menarik keluar minggu lepas dalam dunia teknologi dan salah satu daripadanya adalah OnePlus bakal digabungkan dibawah OPPO.

Gabungan ini bakal membawa hala tuju baru bagi kedua-dua jenama ini dimana mereka bakal berkongsi sumber dan operasi sedia ada. Walaupun berada dibawah OPPO, CEO OnePlus, Pete Lau memberitahu bahawa syarikatnya akan kekal terus bergerak dan bersaing seperti sediakala.

Peminat juga memberi pelbagai reaksi sama ada berminat untuk lihat perkembangan selanjutnya, tidak endah mereka bergabung atau tidak, dan ada juga yang mempersoalkan tentang sistem operasi. Sama ada kekal dengan OxygenOS atau bertukar kepada ColorOS.

Untuk makluman, telefon OnePlus untuk pasaran global menjalankan sistem operasi OxygenOS. Pasaran China sebelum ini datang dengan HydrogenOS, tetapi sudah ada kemaskini kepada ColorOS 11 bermula dengan siri OnePlus 9.

Berkenaan sistem operasi, @evleaks telah berkongsi satu memo didakwa ia dikeluarkan oleh pihak OnePlus. Intipati memo tersebut berkisar mengenai soalan-soalan berkaitan penggabungan antara dua jenama tersebut. Namun terdapat arahan supaya kakitangan syarikat mengabaikan soalan mengenai sistem operasi, OxygenOS dan ColorOS.

Mereka juga diarahkan untuk memberikan jawapan “Kami tidak mempunyai maklumat terkini mengenai sistem operasi. Nantikannya di saluran rasmi kami.

Hal ini sedikit bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pete Lau sebelum ini. Beliau menegaskan versi global OnePlus akan dipasang dengan OxygenOS. Jika masih kekal dengan OxygenOS, mengapa harus mengeluarkan arahan sedemikian atau kemungkinan terdapatnya kesalahan komunikasi diperingkat dalaman.

 

Baca juga – Jangan Terpedaya Pautan Permainan GTA 5 Untuk Telefon Pintar

Baca juga – Pelajar Insiden Kedua Telefon Pintar Terbakar Terima Telefon Pintar Baru

Baca juga – Xiaomi Patenkan Teknologi Pengecasan Dihasilkan Dari Bunyi Sekeliling