Biarpun tiada maklumat rasmi acara yang dinantikan ramai peminat Apple, iaitu pelancaran siri iPhone 13, ia dijangka bakal diumumkan sekitar 14 September ini.

Apple pasti mengekalkan segmen telefon pintar yang sama seperti iPhone 12 yang merangkumi versi mini, standard, pro dan pro max. Antara perkara baharu padanya adalah spekulasi storan 1TB.

Nampaknya mungkin benar kerana laporan terbaru menyatakan Apple tidak akan menawarkan storan 256GB buat varian pro. Sebaliknya, ia akan bermula 128GB, 512GB dan 1TB.

Tidak mustahil pun Apple berbuat demikian. Hal ini kerana siri iPhone 7 diberi pilihan storan 32GB yang kemudian melangkau terus ke 128GB dan akhir sekali 256GB.

Sama juga yang terjadi pada iPhone X, pengguna hanya diberi pilihan storan 64GB dan terus ke 256GB. Anda sendiri tahu bahawa storan memainkan peranan untuk harga. Mungkin sebab itulah Apple enggan berikan apa yang anda sedang fikirkan, iaitu sebuah peranti yang kena dengan bajet.

Bercakap tentang harga, iPhone 13 mini mungkin dijual dengan harga bermula 5499 yuan (~RM3434) dan varian pro pula 8499 yuan (~RM5462). Ini juga selari dengan laporan sebelum ini yang mendakwa siri iPhone 13 akan dijual sedikit mahal berbanding iPhone 12.

Sumber: gizchina

Baca juga: