KEMAS KINI: Memandangkan TNB sudah mengesahkan bekalan elektrik sudah pulih sepenuhnya, dijangka semua perkhidmatan telekomunikasi juga kembali beroperasi seperti biasa.
Beberapa kawasan seluruh Malaysia mengalami masalah bekalan elektrik sejam tengah hari tadi. TNB juga telah menjawab dengan mengatakan beberapa kawasan di Lembah Klang sudah kembali pulih.
Namun, kawasan luar Lembah Klang masih belum, menurut pengguna media sosial.
Disebabkan terputusnya aliran elektrik, maka rangkaian telekomunikasi juga turut terganggu.
Digi juga telah mengesahkan perkhidmatan mereka di kawasan yang terputus bekalan turut terjejas.
#DigiUpdate: Anda mungkin mengalami gangguan rangkaian di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia akibat gangguan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad. Kami memohon maaf atas kesulitan ini.
— Digi (@digitelco) July 27, 2022
Telekom Malaysia turut memaklumkan hal yang sama di mana perkhidmatan unifi mereka terjejas di kawasan Lembah Klang.
Celcom, Maxis dan U Mobile bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan rasmi setakat artikel ini ditulis.