Platform sehenti untuk pelanggan Digi bagi urusan akaun mereka, MyDigi kini telah mencatat 3 juta pengguna aktif sebulan sejak diperkenalkan pada 2016 yang lalu.
Bagi merai pencapaian tersebut, Digi menawarkan dua unit telefon pintar OPPO Find X Lamborghini terhad kepada dua pelanggan.
Untuk memenanginya, anda perlu menjadi dua pelanggan teratas dengan pembelian tertinggi di aplikasi MyDigi dan ia telah bermula dari 1 Mac dan akan tamat pada 30 April 2019.
Bagi melayakkan diri, pelanggan hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM3 untuk ganjaran atau tawaran terlaris iaitu pas 1 hari berharga RM3 untuk 3GB data.
Digi turut memberitahu, aplikasi MyDigi kini telah dinaik taraf dengan ciri-ciri yang mampu memberi penyelesaian yang lebih baik, pantas dan mudah untuk meningkatkan pengalam digital pelanggan.