Pada tahun 2020, Digi telah memperkenalkan satu aplikasi altHR dengan pelbagai fungsi dan solusi pengurusan tenaga kerja secara digital. Lagi-lagi ketika dunia dilanda pandemik ini.

Terbaru, Digi telah menaik taraf altHR dengan mengenalkan “Ultimate HR Starter Kit for 2021” dan pelbagai fungsi baharu yang lebih efisien dan inovatif.

Ultimate HR Starter Kit for 2021 adalah sebuah buku panduan yang dilengkapi topik-topik penting dalam perniagaan digital.

Baca juga – Digi Tawar Kredit Percuma 10% Dan Kredit Tambahan Bernilai RM50

Ultimate HR Starter Kit for 2021

Kit ini bertujuan memberi panduan lengkap kepada perusahaan mikro, serta kecil dan sederhana (PKS) disamping melahirkan kakitangan yang celik digital.

Disamping itu, tiga fungsi utama baharu yang diperkenal untuk kelancaran operasi adalah Pembayaran Gaji, Penugasan, dan Pengurusan Prestasi.

Menurut ketua Digi-X, Lee Kathryn berkata proses pendigitalannya dapat membantu PKS beroperasi dengan lebih efisien ketika melalui cabaran ekonomi ini. Modul-modul yang ditawarkan altHR juga boleh memastikan kakitangan kekal terhubung dan produktif dalam perusahaan.

Layari https://althr.my/ untuk maklumat lanjut mengenai fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh altHR.

Baca juga – Menara Komunikasi Digi, Maxis Dan Celcom Terbakar, Pulih Selewatnya Ahad Ini

Sumber: siaran akhbar Digi