Satu pertandingan pengaturcaraan telah dianjurkan oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) bersama rakan program Future Skills for All (FS4A), iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), UNICEF dan ARUS Academy (ARUS).

‘Pertandingan Pengaturcaraan #BolehCode’ yang dilancarkan baru-baru ini terbuka kepada para pelajar sekolah di Malaysia.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pelajar Tahun 3-6 bagi cabaran Micro:bit Makecode dan kategori pelajar Tingkatan 1-4 bagi cabaran HTML, Python dan SQL.

Pertandingan ini yang akan bermula dengan pusingan peringkat negeri dari 13 hingga 17 September 2021 dan kemuncaknya cabaran peringkat kebangsaan dari 4 hingga 15 Oktober 2021 menawarkan hadiah bernilai sehingga RM20,000.

Jadi kepada para pelajar atau sekolah yang berminat, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan pengaturcaraan ini dan cara untuk mendaftar menerusi pautan ini: https://arus.cc/pekmaklumat-pertandingan-bolehcode.

Sumber: Digi