Jika anda memiliki peranti pintar yang tidak lagi digunakan termasuklah telefon pintar, tablet berteknologi 4G, komputer riba serta Chromebook dengan sistem operasi Windows 8 dan ke atas, anda bolehlah menyumbangkannya kepada pelajar B40 yang memerlukannya.

Untuk memudahkan sumbangan anda itu, Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) kini menawarkan perkhidmatan kutipan peranti di seluruh Semenanjung Malaysia menerusi kempen #MYBaikHati.

Pihak yang berminat bolehlah menggunakan perkhidmatan ini dan menyumbangkan peranti berteknologi 4G dengan ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web #MYBaikHati untuk mendaftarkan sumbangan anda
  2. Lengkapkan butiran anda dan muat naik gambar peranti

Anda juga disyorkan supaya memastikan peranti tersebut masih berfungsi, tidak mempunyai kerosakan yang besar dan lebih baik jika disertakan sekali dengan pengecas.

Selesai mendaftar, kakitangan Digi akan menghubungi anda dalam tempoh seminggu untuk mengaturkan perkhidmatan kutipan. Jika anda berada di Lembah Klang juga boleh menyerahkan peranti di Digi Store Klang atau Cheras.

Selepas penyerahan, peranti tersebut akan dinilai, diperbaharui dan seterusnya diedarkan kepada pelajar B40 yang layak.

Selain Digi, anda juga boleh mendermakan peranti-peranti terpakai anda itu  melalui premis-premis syarikat telekomunikasi lain yang turut menyokong program #MYBaikHati termasuklah U Mobile, Celcom, Maxis, Digi, Time serta Telekom Malaysia (TM).

Sumber: Digi

Baca juga: