Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah melancarkan kempen JomFibre di seluruh negara.

Ia sebagai usaha untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap akses internet berkelajuan tinggi yang bekerja dan belajar dari rumah.

Kempen JomFibre ini bermula dari sekarang sehingga 30 November 2021.

Menerusi kempen ini, Digi menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk mendapatkan pelan fiber pantas dan tanpa had Digi dengan nilai terhebat beserta penjimatan sehingga RM1,200.

Sebanyak 3 pelan Digi Fibre ditawarkan iaitu Digi Fibre 150 (DF150), Digi Fibre 190 (DF190) dan Digi Fibre 270 (DF270).

Untuk pelan DF150, promosi telah dilanjutkan sehingga 30 November 2021 yang menawarkan nilai hebat untuk pelanggan dengan data tanpa had pada kelajuan tinggi sehingga 300Mbps. Pelan ini boleh didapati dengan harga serendah RM100 sebulan apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak.

Untuk langganan pelan DF190 internet berkelajuan 500Mbps atau DF270 untuk 800 Mbps, pelanggan Digi Postpaid 60 dan ke atas akan secara automatik menerima rebat RM20 seumur hidup.

Buat masa terhad ini sahaja juga, pelan DF190 dan DF270 kini boleh didapati dengan harga serendah RM140 dan RM220 sebulan apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak.

Selain itu, Digi turut menawarkan Baucar Monitor Pintar Samsung bernilai RM150 bagi pelanggan yang mendaftar untuk pelan DF150 dan ke atas semasa kempen ini berjalan.

Namun begitu, ia terhad kepada 2,000 pelanggan pertama yang mendaftar melalui Digi Store Online, Digi Store atau Digi Store Express sahaja. Baucar tersebut boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi.

Bagi merancakkan lagi kempen ini, Digi menganjurkan peraduan #JomFibre secara mingguan di platform media sosial rasmi Digi, Facebook dan Twitter yang memberi peluang kepada peserta dan rakan mereka lain untuk memenangi langganan Digi Fibre selama 2 tahun secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen JomFibre atau untuk mendaftar, sila layari digi.my/jomfibre.

Sumber: Digi