Bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan disambut negara tidak lama lagi, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) meraikannya dengan memperkenalkan Gemilang Deals mulai sekarang sehingga 30 September 2021.

Tawaran-tawaran menarik dalam Gemilang Deals Digi ini termasuklah:-

  • Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin – Pakej istimewa telefon pintar pascabayar dengan Digi PhoneFreedom 365 (PF365) atau Digi Smart Bundle yang membolehkan pelanggan membeli telefon pintar 4G terpilih dengan hanya RM1.

  • Tawaran istimewa untuk tambah nilai internet berkelajuan tinggi kepada Pelanggan prabayar Digi yang akan menikmati tawaran masa terhad RM5 untuk 5GB (harga biasa RM5 untuk 3GB) apabila mereka membuat tambah nilai internet dalam tempoh promosi ini.
  • Pelanggan Digi Postpaid masih boleh menikmati tawaran masa terhad Digi Fiber dengan kelajuan tinggi 300Mbps pada harga RM100 sebulan.
  • Akses tanpa had ke TikTok dan Instagram dengan Pakej Data Khas Belia yang ditawarkan untuk semua belia Malaysia berusia antara 12 hingga 24 tahun menerusi pelan internet prabayar yang berharga RM20 sebulan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran-tawaran menarik ini, layari     laman rasmi Digi Gemilang Deals.

Sumber: Digi