Digi melalui Digi Business telah bersama-sama dengan Astro Radio membantu usahawan kecil mendigitalkan perniagaan mereka.

Inisiatif bersama yang dilaksanakan menerusi program #KamiCareMbiz itu bertujuan untuk meningkatkan aktiviti perniagaan dengan menghebahkan produk dan perkhidmatan perniagaan tersebut melalui saluran milik Astro radio yang berbilang bahasa seperti ERA, MY, HITZ, MIX, Sinar, Lite, RAAGA, Gegar, Melody, Zayan, GoXuan, dan Syok.

Pemilik perniagaan yang terpilih melalui program #KamiCareMbiz tersebut akan menerima pakej solusi digital dan pelan mudah alih daripada Digi Business yang bernilai lebih daripada RM150,000.

Pakej tersebut meliputi akses ke atas alatan digital seperti AVANA, altHR dan Omni, selain menerima manfaat geran Digitalisasi PKS PENJANA.

Kepada pemilik perniagaan yang berminat menyertai program ini, sila layari www.digi.my/godigital untuk ketahui lebih lanjut mengenai maklumat solusi digital dan pelan keterhubungan oleh Digi Business.

Sumber: Digi