Sejak kebelakangan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama wakil-wakil penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile giat menjalankan aktiviti turun padang bagi meninjau lokasi-lokasi yang mengalami masalah capaian internet seterusnya mengambil tindakan bagi menyelesaikan aduan yang dibuat penduduk.

Terbaru SKMM Negeri Sembilan bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol serta wakil penyedia perkhidmatan telah ke Kampung Malan, Dangi di Kuala Pilah untuk menyelesaikan ketiadaan capaian Internet di kampung tersebut.

SKMM memaklumkan bahawa permohonan pembinaan menara komunikasi baharu di lokasi tersebut telah disenaraikan dalam perancangan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa akan datang.

Pihak TM juga menyegerakan penyediaan talian tetap yang dijangka siap pada 31 Disember 2021 berbanding dengan perancangan asal pada Februari 2022.

Manakala pihak Digi pula memberi komitmen untuk menaik taraf liputan 4G yang disasarkan pada awal Ogos 2021 di menara yang terdekat.

Sumber: SKMM

Baca juga: Pelajar Redah 5KM Ke Puncak Bukit Demi PdPR Dapat Perhatian SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi

Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom, Sabah Ditangani

KKMM: Jawatankuasa Khas Ditubuh Untuk Kenal Pasti Kawasan Tiada Internet