Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns telah memberi amaran untuk berhati-hati dengan TikTok kerana pelbagai agensi kerajaan termasuklah White House telah menyekat aplikasi tersebut.
Tambah beliau lagi dalam temu bual, TikTok berpotensi dan berisiko mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara.
Selain beliau, sebahagian besar penggubal undang-undang Amerika Syarikat ingin menyekat aplikasi tersebut.
Baru-baru ini, Senat AS telah meluluskan rang undang-undang untuk menyekat pekerja-pekerja kerajaan daripada guna TikTok pada peranti yang dimiliki kerajaan.
{suggest}
Hal ini demikian kerana rang undang-undang tersebut adalah mesti untuk memelihara keselamatan dan rahsia negara daripada ancaman luar.
Walau bagaimanapun, rang undang-undang tersebut tidak melibatkan atau menjejaskan warga penduduk AS sendiri.
Sumber: Wio News