Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Diablo IV Dikhabarkan Bakal Dilancar Pada April 2023

Posted on November 7, 2022November 7, 2022

Diablo 4 atau lebih dikenali sebagai Diablo IV merupakan permainan video aksi RPG yang terkini daripada Blizzard dan dijadualkan secara rasmi pada April 2023.

Bertempat di dunia gothic Sanctuary, pemain akan tembak-menembak bersama angkatan dari neraka dan syurga dalam sebuah pertarungan abadi yang mengancam ribuan nyawa di bumi.

Diablo IV menjanjikan ciri-ciri yang lebih hardcore dan gelap berdasarkan maklum balas pengguna daripada Diablo 3 yang dikritik oleh kerana penampilannya yang lebih “kartunis”.

Blizzard sedang mengaturkan langkah untuk memasarkan Diablo IV secara besar-besaran semasa majlis The Game Awards 2022. Di situ, semua permainan video yang bakal keluar pada April akan dimaklumkan.

Pratempah juga akan dibuka semasa pemasarannya, termasuk beberapa cenderamata yang dijual khas untuk peminat tegar. Salah satu kelebihan sesiapa yang melakukan tempahan awal ini adalah pengguna dapat mengakses Diablo IV versi beta terbuka.

Blizzard telah menjadi topik yang agak hangat untuk beberapa tahun ini. Ianya disebabkan oleh keluaran Overwatch 2 dan diikuti dengan World of Warcraft: Dragonflight. Diablo Immortal juga meningkat penjualannya walaupun dikritik berkenaan dengan pengewangannya (monetize).

Sumber: Windows Central

Gambar: Windows Central

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress