Pada 20 Januari 2021, Joe Biden akan mula masuk ke pejabat secara rasmi untuk memulakan pemerintahan sebagai Presiden baharu Amerika menggantikan Donald Trump.

Dengan hari-hari terakhir pentadbiran Trump yang masih berkuasa lagi buat masa ini, sudah tentu ramai yang menyangka mereka tiada agenda-agenda baharu untuk menghentam Huawei.

Terkini, lesen perniagaan untuk sejumlah syarikat pembekal telah dibatalkan oleh Huawei. Antara syarikat besar yang terlibat salah satunya adalah Intel. Bukan itu sahaja, pentadbiran Trump turut akan membatalkan lebih banyak lagi syarikat pembekal kepada Huawei.

Tindakan ini dilihat sebagai langkah terakhir pentadbiran parti republikan Trump sebagai usaha dan strategi mereka untuk membenamkan syarikat Huawei yang dikatakan adalah ancaman kepada keselamatan Amerika.

Namun, apa yang pasti, masih tidak diketahui sama ada halangan perdagangan ini akan terus dilaksanakan apabila Joe Biden mula mengambil tampuk pemerintahan baharu Amerika pada minggu ini juga.

Sumber: Reuters