Lembaga Tabung Haji (TH) baru sahaja mengumumkan perkhidmatan deposit wang simpanan ke akaun boleh dilakukan secara dalam talian melalui Pos Online.

Kerjasama yang dilakukan dengan Pos Malaysia ini juga sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital.

Selain itu, ia turut memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (CCD) dipenuhi sepenuhnya.

Tambahan lagi, dengan pengumuman ini, secara tidak langsung urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Pos Malaysia akan ditamatkan bermula 2 Januari 2021.

Sekiranya anda ingin melakukan deposit wang simpanan ke akaun TH, anda boleh terus layari laman rasmi Pos Online.

Sumber: FMT