Maxis Berhad kini mengembangkan penawaran Maxis Zerolution kepada pelanggan baru dan pelanggan sedia ada mereka menerusi langganan Maxis Fibre dan Maxis Home 4G WiFi yang akan membolehkan pelanggan mereka itu memiliki peranti pintar idaman serendah RM1 sebulan.

Senarai peranti pintar itu meliputi komputer riba, komputer meja, tablet, monitor dan konsol permainan video serta TV pintar.

Kesemua peranti-peranti yang ditawarkan itu terdiri daripada pelbagai jenama popular seperti Huawei, Lenovo, LG, Samsung dan Sony.

Selain daripada langganan Maxis Fibre dan Maxis Home 4G WiF, Maxis Zerolution juga ditawarkan kepada pelanggan baru dan sedia ada menerusi langganan Maxis Family Plan serta Maxis Unlimited Postpaid & Fibre.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran Maxis Zerolution, sila layari www.maxis.com.my/en/devices/zerolution/

Sumber: Maxis

Baca juga: Jom Sambar Samsung Galaxy A12 Dan Xiaomi Redmi 9A Dari Digi

Nikmati Kelajuan Internet Sehingga 800Mbps Dengan Hotlink Postpaid Dan Fibre